Monday, July 31, 2017

Yahoooo...i got my 2nd duck scarf..ohh...i just addicted to this scarf...this is definitely not a good sign..uuhu..i need to work hard...or find part time job so that i can have more duck scarf..



Me in duck scarf..its definitely super duper confy...


Me..in another style of duck...oh my God..now i am a big fan of you duck scarf..huhuhu😘😘😘

Thursday, July 27, 2017

Its Duck!!!!!...hoyeahhhhh


My 1st duck scarf...i am really excited today...i have been in singapore for 6 day Ramadhan ago...and i love everything about singapore...so..when duck launched their singapore city series...i have no doubt to get it...

Wednesday, June 7, 2017

Pengalaman ke Singapore pada Bulan Ramadhan ( Day 1)

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Dari minggu lepas lagi aku dan seronok sangat nak pergi Singapore. Alkisahnya pergi Singapore ni sebab suami aku ada seminar di sini. Suami aku tanya nak ikut ka tak sebab time cuti sekolah. Aku memang setuju 100% la sbb bukan senang aku nak dapat peluang pi negara orang even negara jiran. Seperkara lagi aku tau, tempat kerja suami aku mesti bagi menginap kat hotel best punya...hehehe...Aku dah dapat bayang dah aku boleh lepak dalam bilik sambil tengok cerita korea masa husband aku pi seminar..hahahah...Disebabkan aku terlalu happy...(husband aku pon taktau yang aku dok kira hari nak mai Singapore)..terdetik di hati aku... selalunya kalau aku happy terlajak ni ada ja benda kurang enak bakal berlaku..hehehe..

Flight kami sepatutnya pukul 11.55..suami aku kata kul 10.00 kita keluar tapi nak pi Am Bank dulu nak bayar duit kereta arini last katanya...aku pon ikut jala..pastu kami naik tren..terlepas tren kenala tunggu 20 minit lagi..aku lek lek ja..hehe..pastu smpai kat KLIA 2 pukul 11.15..masa tu barula suami aku perasan yang luggage last masuk kui 11.15 dan gate tutup kui 11.35..Ok lek lek..ramai pulak beratur nak letak beg. sampai kat depan kaunter dia tak bagi..kena pi service kaunter bayar denda la kot. Sekali bila kat service kaunter tu pon ramai...ceitttt...rupanya tu hat pakat terlepas flight..hmmm..tengok jam dah 11.35..sayonara la..beli tiket baru la jawabnya.. tiket baru RM600...grrrr...mahalll dowhhh..perkara ni jadi pengajaran kat kami..Lepas tu kami pun terus masuk dan menuju ke Gate 18 seperti yang tertera dalam tiket.

Aku still posing walaupun terlepas flight..tunggu lagi 2 jam 30 minit..huhu. Sejuk gila dalam airport menyesal tak sudah sebab tak bawa jacket. Aku ni dah biasa tempat kerja panas bila masuk tempat sejuk rasa nak demam pulak..hahaha..Kami berkenalan dengan sorang lagi warga Singapore yang terlepas flight juga..Kami duduk betui2 depan Gate 18..Dok tak lama kawan baru kami tu mai bagitau pindah Gate 16..Mujurla dia pi cek..Sembang punya sembang, dia pesan suruh rasa nasi ayam Singapore.. Katanya tiada tandingan even di Malaysia. Ni yang buat aku bertambah semangat nak sampai cepat pi cari makanan..hehehe.

Alhamdulillah, dalam sejam camtu kami sampai di Singapore. Lepas pi amek beg kat L17 kami terus cari MRT...


Muka eksaited sangat dapat jejak kaki ke negara orang..Best giler airport dia..besar, bersih, wangiiiiiii, cantikkkk. Jula juli 10 bintang aku bagi..hehehe


Sebelum cek imigresen amek gambar dulu..hehe

Lepas ambil beg kami naik ke tingkat 2..jalan pi ke Row 1 sebab nak kena naik Skytren ke T3... Aku dok pikiaq T3 tu apa haa..rupanya Terminal 3..hahaha..free ja naik Sky Tren ni tunggu 3 minit ja..


Bila dah sampai terminal 3, terus cari MRT. Menurut sumber-sumber yang telah suami aku baca, elokla beli Tourist Pass tapi masa tu takleh beli sebab dah lepas office hour. Then, beli jela tiket biasa. Perkara menarik tentang tiket ni, boleh pakai sampai 6 kali and ada rebate bila dah guna untuk kali kedua dan seterusnya. Bestkan!! Kami beli tiket ke Paya Lebar untuk tukar tren ke Promanade. Tren dari Changi Airport melalui Stesen Expo dan Tanah Merah. Bila sampai Tanah Merah, tren tu patah balik ke Expo..Hah, sudahhh! Aku yang penat tahap kebabeng ni rasa nak nangis dengan tak bawa panadol, serius rasa nak demam. Rupa-rupanya dari Tanah Merah kena tukar tren sama ada nak ke Pasir Ris atau Joo Koon. Since stesen Promanade arah Joo Koon, kami ambil tren menghala ke Joo Koon. Bila tren sampai ke Stesen Paya Lebar, terus menghala ke Circle Lane ( lane kaler oren). Stesen Promanade kat CC4 mengahala ke Marina Bay.

System map yang sangat mudah dan banyak membantu.



akhirnya aku tewas dengan kepenatan...heheh

Finally, kami sampai kat Stesen Promanade. Then kami masuk Millenia Walk sebab kalau ikut map cam ada jambatan yang menyambungkan Hotel Ritz Carlton dengan mall ni. Pastu suami aku terus ke Service Counter untuk tanya kot pintu mana kami nak kena keluar. Then, dugaan sekali lagi, kami salah keluar pintu. Kami lalu kot pintu yang banyak restoran Jepun..Melilaula kami cari tak jumpa. Hotel yang ada depan kami ni Pan Pacific, Mandarin Oriental, kelibat Ritz Carlton langsung tak nampak. Kami pon masuk Marina Square Shopping Mall. Tanya orang lagi. Encik ni memang berusaha bantu kami walaupun dia nampak tak sure sangat. hahaha...Dia suruh kami keluar pada mall ni, dia kata Rizt Carlton belah sana..hahaha...pusing punya pusing tak jumpa-jumpa. naik eskalator turun eskalator. Bila dah keluar mall nampak bangunan tinggi tapi tak tulis hotel apa. kami main redah ja. Jumpa juga akhirnya Ritz Carlton. 6.30 p.m baru sampai. Penatnya...huhuhu..tapi pekerja di Ritz Carlton ni aku bagi 10 bintangla..tip top..hhehe.


Tak sabaq nak landing oiiii..


Bilik ayaq pon nampak pemandangan...


Pemandangan luar dari bilik kami

Buka puasa hari ni..aku makan nasi goreng Brahim's yang aku bawa dari rumah. Alas perut sementara nak pi cari makanan sebab banyak makanan halal area Arab Street. Lepas solat maghrib, kami menuju ke MRT Promanade untuk ke Stesen Bugis. Nak ke sana ikut Downtown Line iaitu lane warna biru. Memang efisyenla MRT dia tak sampai 5 minit tunggu. Bila sampai di Stesen Bugis, kami keluar kot laluan ke Raffle's Hospital menuju ke Restoran Zam Zam. Peluh jugakla berjalan. Tapi sebab lapaq punya pasal, jalan jugak. Aku rasa kalau sebulan dok sini mau selim macam Fazura..hehehe


Sikit lagi nak sampai..hehehe


Masjid Sultan. Restoran Zam Zam ni opposite Masjid Sultan.


Yeay dah sampai!!!


Murtabak Zam Zam. Sedap weih tengah lapar ni..hehe

Sebenarnya, kami bukan makan murtabak je. Suami aku makan nasi beriyani ayam. Aku pula oder nasik goreng. Tamak betul. Last-last nasik goreng aku tak habis..Hehehe..Lepas makan, terus jalan kaki semula ke MRT. Kira okla kan..nk makan kena jalan dulu, lepas makan kena jalan balik..hehehe..Oh, terlupa pulak, lepas habis makan kami ke Seven Eleven nak beli air. Aku pon berhasrat nak beli panadol, sebab badan rasa tak sihat...sekali aku tengok harga dia 13 dollar...dalam kepala aku terus congak erghhh..RM 39..terus aku tak jadi demam..hahaha..

Sunday, May 1, 2016

Sudah Terlalu Lama




Bismillahirrahmanirrahim....
Sudah terlalu lama aku meninggalkan blog ini..
Sudah 4 tahun berlalu dari hari terakhir aku menulis di blog ini..
Aku kembali setelah aku menonton filem bersama rakan sekerja. Kami menonton AADC 2.Entah kenapa tiba-tiba aku berasa ada sesuatu di fikiranku lalu kubuka post post terdahulu. Kubaca bait bait lama. Jiwang juga aku ni ,ya. Puisi yang ditulis oleh Rangga benar-benar buat aku ingin menulis. Oleh sebab itulah aku ke sini, mengasah semula ideaku yang telah karat dimamah waktu. Aku tahu aku sebenarnya boleh menulis dengan baik. Namun alasan demi alasan yang kucipta menjadi batu penghalang yang maha besar.

Kenapa ya aku kembali ke sini? Oh, mungkinkah kerana sesak di dadaku! Bait-bait yang tak terungkap dek tutur kata. Atau adakah kerana aku sendiri yang keliru dengan konflik dalaman diriku sendiri. Aku seakan-akan mencari sesuatu yang tidak pasti. Aku seolah-olah sedang mencari diriku sendiri. Persoalan yang tidak berkesudahan. Kata-kata yang tidak bisa diluahkan. Maka, akhirnya aku terdampar di sini. Kekusutan dalam jiwaku semakin menjadi-jadi. Aku seakan-akan tiada arah tuju. Adakah apa yang aku fikirkan sebenarnya baik atau buruk buatku. aku terperangkap dengan keinginan dan hakikat sebenar.

Tidak bersyukurkah aku????


Monday, July 16, 2012

TPACK

Tahukan anda apa itu TPACK? TPACK adalah singkatan daripada Technological Pedagogical Content Knowledge. Guru boleh mengintegrasikan P&P menggunakan teknologi maklumat. Sila klik pautan di sebelah untuk mendalami TPACK. Selamat mencuba http://www.4shared.com/file/u7ZVNsfs/kump_1_kdp4m.html?

Mengenal Pokok Kelapa

(Ihsan Google image)

Hai, anda pasti tahu pokok kelapa banyak gunanya. Jika anda hendak tahu dengan lebih lanjut, sila klik pada pautan seterusnya http://www.scribd.com/doc/100187173/kegunaan-pokok-kelapa

Sunday, July 15, 2012

Hasil ToonDoo saya

Hampir seminggu saya belajar ICT. Saya juga telah berjaya menghasilkan ToonDoo. Dalam kepayahan, pastilah terselit kesenangan.http://www.toondoo.com/ViewBook.toon?bookid=387956. Cuba klik pada pautan di sebelah. Anda pasti terhibur dengan persembahan yang saya lakukan