Sunday, May 1, 2016

Sudah Terlalu Lama




Bismillahirrahmanirrahim....
Sudah terlalu lama aku meninggalkan blog ini..
Sudah 4 tahun berlalu dari hari terakhir aku menulis di blog ini..
Aku kembali setelah aku menonton filem bersama rakan sekerja. Kami menonton AADC 2.Entah kenapa tiba-tiba aku berasa ada sesuatu di fikiranku lalu kubuka post post terdahulu. Kubaca bait bait lama. Jiwang juga aku ni ,ya. Puisi yang ditulis oleh Rangga benar-benar buat aku ingin menulis. Oleh sebab itulah aku ke sini, mengasah semula ideaku yang telah karat dimamah waktu. Aku tahu aku sebenarnya boleh menulis dengan baik. Namun alasan demi alasan yang kucipta menjadi batu penghalang yang maha besar.

Kenapa ya aku kembali ke sini? Oh, mungkinkah kerana sesak di dadaku! Bait-bait yang tak terungkap dek tutur kata. Atau adakah kerana aku sendiri yang keliru dengan konflik dalaman diriku sendiri. Aku seakan-akan mencari sesuatu yang tidak pasti. Aku seolah-olah sedang mencari diriku sendiri. Persoalan yang tidak berkesudahan. Kata-kata yang tidak bisa diluahkan. Maka, akhirnya aku terdampar di sini. Kekusutan dalam jiwaku semakin menjadi-jadi. Aku seakan-akan tiada arah tuju. Adakah apa yang aku fikirkan sebenarnya baik atau buruk buatku. aku terperangkap dengan keinginan dan hakikat sebenar.

Tidak bersyukurkah aku????


No comments:

Post a Comment