hari ini aku bangun dengan rasa sedikit segar..melupakan kedukaan semalam yang sering menghantui diri ini..
hari ini aku membuka lembaran baru...cuba untuk mengawal perasaan amarah , benci dan kecewa..
aku tidak mahu dibelenggu kisah semalam..kerana hatiku sudah cukup penat untuk berfikir...
segalanya kuserahkan pada yang Maha Esa..kerana Dia tahu yang terbaik untuk hambanya..
Namun ..jauh di sudut hatiku..aku tahu..syaitan masih mahu mengganggu..
Membiarkan aku menjadi ragu-ragu..
Tidak percaya pada cinta dan kasih yang utuh dan padu...
Aku akan cuba melawan..
Membuang rasa curiga..
Mencungkil rasa percaya..
Kerana aku pasti..cinta itu adalah cinta sejati..
Mungkin hari ini diuji Tuhan..
Esok lusa bahagia terasa..
Kerana ujian dapat dihadapi dengan tenang dan penuh keimanan..
Aku tidak akan putus berdoa..
Kerana aku yakin Dia sedang mendengar keluhan hatiku..
Kerana Dia yang Maha Pencipta..
Maha Mengetahui segala sesuatu..
Ujian ini kerana aku mampu..
No comments:
Post a Comment